CARA MERAKAM VIDEO
ORANG TENGAH dan ORANG DI JALAN TENGAH !!!
Orang Tengah dan Orang Di Jalan Tengah tidak akan wujud melainkan wujudnya pihak A + Pihak B + Pihak apapun dalam dunia ini.
Perbezaan fahaman ideologi politik dan kemazhaban agama seringkali mencetuskan polemik dalam dunia ini. Maka Orang Tengah dan Orang Di Jalan Tengah akan memenuhi ruang untuk mengadili isu tersebut.
Orang Tengah dan Orang Di Jalan Tengah adalah merupakan pihak yang ketiga. Mereka akan mengambil tempat di “tengah-tengah” pihak ini dalam apa jua bentuk sekalipun. Mari kita lihat ciri-ciri orang yang sebegini.
CIRI-CIRI ORANG TENGAH
Orang Tengah sering harapkan perdamaian dan keamanan. Apabila ada dua golongan yang bertelagah maka mereka akan mendamaikan puak yang bertelagah itu.
Orang Tengah tidak berpihak dengan mana-mana pihak. Mereka sering membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membuktikan dalil dan hujah.
Orang Tengah tidak pernah menghukum kedua-dua pihak bersalah dan memaksa kedua-dua pihak itu menerima pandangannya itulah yang betul.
Orang Tengah amat sentiasa bertanggungjawab dalam perbahasan itu. Mereka tidak akan sesekali keluar dari perbahasan itu disebabkan putus asa.
Orang Tengah mengambil kira pandangan kedua-dua belah pihak.
Orang Tengah selalunya dihormati dan dikenali ramai serta berwibawa dari segi ilmunya. Boleh jadi pihak bertelagah itu akhirnya boleh bertolak ansur.
Orang Tengah kebiasannya bila bercakap memang serupa bikin. Dia mengamalkan apa yang dia cakap.
Orang Tengah biasanya berada dalam kondisi merendah diri dan berada di alam yang nyata.
Orang Tengah yang satu lagi ialah orang tengah antara penjual dan pembeli. Kadangkala mereka jujur dan kadangkala menghisap darah.
CIRI-CIRI ORANG DI JALAN TENGAH
Orang Yang Di Jalan Tengah hala tujunya tidak jelas. Kita boleh panggil orang ini di atas pagar.
Orang Yang Di Jalan Tengah tidak mahu ambil risiko. Mereka suka memilih jalan yang selamat.
Orang Yang Di Jalan Tengah mudah memberi kesimpulan dan rumusan atas sesuatu perkara.
Orang Yang Di Jalan Tengah merumuskan bahawa pihak bertelagah itu yang salah. Sebenarnya pendapatnya saja yang betul.
Orang Yang Di Jalan Tengah boleh menyampaikan ideanya di mana-mana tetapi jarang duduk semeja dengan pihak yang bertelagah.
Orang Yang Di Jalan Tengah jarang dikenali. Dari segi ilmunya mungkin ia lebih kepada bab tertentu tetapi lemah pada bab yang lain.
Orang Yang Di Jalan Tengah tidak kisah penamatnya berakhir di mana kerana kedua-dua pihak itu memang bersalah.
Ukurlah dalam kacamata lensa kita. Di mana kita ...
Lensa kamera dan lensa mata
Amat mudah untuk difahami.bahawa lensa kamera adalah ciptaan manusia. Lensa mata adalah ciptaan Allah SWT. Namun Dia yang Maha Kuasa menggerakkan minda manusia sehinga dapat menggunakan lensa kamera. Lensa mata manusia amat jujur dalam merakam peristiwa. Itu telah menjadi fitrah. Bagi lensa kamera pula, terpulang kepada orang yang berada di belakang lensa kamera untuk berlaku jujur dalam merakam peristiwa.
Seringkali berlaku krisis dalam kehidupan manusia di dunia ini akibat tiada kejujuran menggunakan lensa kameranya. Kita tahu bahawa lensa kamera merakam apa yang telah di 'interpretasikan' oleh lensa mata. Malangnya apa yang dirakamkan tidak sama dengan apa yang dipersembahkan. Seringkali kebenaran yang dilihat melalui lensa mata, dibohongi oleh lensa kamera. Hak keadilan manusia tercabut apabila lensa kamera telah mendominasikan hidup manusia. Kebenaran telah digantikan dengan kepalsuan.
Amatlah malang sekiranya apa yang dirakam tidak sama dengan apa yang dilihat oleh lensa mata. Ia dijual dengan harga yang tinggi dan di ‘industri’ kan sehingga akhirnya mengaburi mata manusia. Ia menjadi bahan propaganda untuk mencapai tujuan dan selera manusia. Ironisnya lensa kamera telah mengambil tempat dalam kehidupan manusia. Lensa mata semakin terpencil dan terbiar hanyut dibawa arus. Akan tetapi sinaran lensa memancar di seluruh pelusuk . Skrin-skrin terpapar mewarnai dunia. Amat dibimbangi jika manusia 100% bergantung kepadanya.
Melainkan ... Saya ulangi, melainkan penggiat seni lensa kamera yang memanipulasikan lensa kameranya dengan unsur ‘pembohongan’yang ‘dibenarkan’ . Anda faham maksud saya? Biar saya ceritakan satu pengalaman ketika ditugaskan untuk merakamkan lensa kamera saya di suatu majlis makan malam di sebuah hotel. Saya merakam semua peristiwa yang berlaku pada malam itu. Cuma perkara yang saya lupa ialah merakam “scene” sebuah bangunan hotel itu sendiri dengan disinari neon dan lampu. Anda tentu tahu bahawa di awal permulaan babak perlu ada ‘wide shoot’ (gambar keseluruhan bangunan) yang meggambarkan senario peristiwa itu. Disebabkan kesibukan, tiga malam selepas itu saya kembali ke hotel tersebut untuk melangsaikan tugas saya. Gambar bangunan itu perlu diletakkan di awal babak untuk melengkapkan peristiwa itu.
Pada hari ini penggiat-penggiat yang memanipulasi lensa kamera telah meng ‘industri’kan elemen ini dan memberi dimensi nafas baru yang tiada penghujungnya. Dari hari ke hari kita sering terperangkap antara fakta dan rekaan melalui sudut pandangan lensa kamera. Sesungguhnya lensa mata tidak pernah membohongi kita melainkan dipermainkan oleh perasaan dan khayalan. Saya yakin bahawa lensa mata saya dan lensa mata anda boleh dipercayai. Cuma ...bagaimana pula dengan lensa kamera anda?
No comments:
Post a Comment